Thursday, May 31, 2012

#9 Anas Bin Malik dan DOA RASULULLAH S.A.W

salah seorang sahabat Nabi S.a.w yang masyur ialah Anas bin Malik. anak kepada Ummu Sulaim ini menjadi khadam kepada Rasulullahs.a.w selama 10 tahun dan baginda memanggilnya Abu Hamzah.

menurut riwayat, Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya dengan doa yang bermaksud: "Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya, ramaikanlah anaknya, panjangkanlah umurnya berkatilah dia dam masukkan dia ke dalam syurga." 

berkat doa baginda, Anas bin Malik dikurniakan usia yang panjang tidak pernah menderita sakit teruk. semasa hidupnya, Anas dianugerahkan rezeki yang banyak dan dikenali sebagai seorang yang kaya. beliau meninggal dunia pada 93 hijrah di Basrah. ketika itu usianya lebih 100 tahun, beliau meninggalkan lebih 120 orang anak dan meriwayatkan 2286 hadis.

******
sumber: majalah iman

Tuesday, May 29, 2012

#8 BERHATI-HATI bila mendapat hadiah.

PADA zaman Umar Ibnu Abdul Aziz, ada orang ingin memberinya hadiah, tetapi pemerintah islam itu menolaknya. Mengapa? 

malah mereka yang memberikan hadiah itu berkata:"sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun menerima hadiah".

tahu apa jawapan Umar Ibnu Aziz ? katanya:" hadiah pada zaman Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benar hadiah, tetapi pada zaman ini, hadiah sudah menjadi rasuah."

dalam satu lagi kisah lain, seorang amil bernama Ibn al-Lutbiyyah dimarahi oelh Rasulullah s.a.w kerana sebaik pulang dari tugasnya mengutip zakat, dia membawa harta dan berkata:" ini untuk kamu dan ini mereka hadiahkan kepadaku."

mendengar kata-kata Ibn al-Lutbiyyah itu, Nabi s.a.w marah lantas bersabda :"cuba kamu duduk dirumah ibu bapa kamu sambil menunggu, adakah kamu diberi hadiah atau tidak."

yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w ialah Ibnu al-Lutbiyyah tidak akan menerima hadiah tersebut kerana keperibadian, keakraban atau pertalian darah dengan orang yang memberi hadiah itu. sebaliknya dia mendapat hadiahitu kerana tugas sebagai amil dan Ibnu al-Lutbiyyah tidak berhak menerimanya. 

berpandukan kepada kisah-kisah ini, kita juga perlu berhati-hati apabila diberi hadiah. tanyalah kepada diri berasakan iman: Adakah ini mungkin dilarang syarak?

*******
sumber: majalah iman

Sunday, May 27, 2012

#7 Ubat Jiwa Yang Gelisah

pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat.

katanya "wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. dalam beberapa hari ini, aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut, aku tidak berselera makan dan tidak nyeyak tidur"
maka Inbu Mas'ud menasihatinya, "kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke 3 tempat; ke tempat orang yang membaca Al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang meningatkan hati kepada Allah atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi dan engkau berkhalwat menyembah Allah. contohnya seperti di tengah malam, disaat orang sedang nyeyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, memohaon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan kemurniaan hati. seandainya jiwa tidak terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu". 
setelah pulang ke rumahnya, sahabat itu pun mengamalkan nasihat yang diberi oleh Ibnu Mas'ud r.a itu. dia mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk. selepas itu dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikiranya tenang dan kegelisahannya hilang.

******* 
sumber: majalah iman 

Monday, May 21, 2012

#6 Doa dan Zikir Menghadapi Kesulitan Hidup

Dengan menyebut nama Allah kepada diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berikanlah kerelaan kepada diriku umtuk menerima takdir-Mu dan berkatilah aku dalam perkara yang telah Engkau takdirkan untuk diriku sehingga aku tidak senang untuk menyegerakan takdir yang masih Engkau tangguhkan dan aku tidak senang untuk menangguhkan takdir yang telah Engkau datangkan lebih cepat.
******** 
sumber: majalah iman

Saturday, May 19, 2012

#5 20 Fakta Berkaitan Al-Quran

  • nama-nama lain al-Quran yang disebut dalam al-Quran sendiri: Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor, dan Al-Huda.
  • pertama kali al-Quran diturunkan di gua Hira (Makkah).
  • tempoh al-Quran diturunkan: secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.
  • jumlah surah yang diturunkan di Makkah: 86 atau 19/30 daripada isi al-Quran.
  • jumlah surah yang diturunkan di Madinah: 28 atau 11/30 daripada isi al-Quran.
  • apa beza ayat Makkiyah dengan ayat madiniyah: ayat Makkiyah lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan ' yaaaiyuhannas...' dan bersangkutan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.ayat Madiniyah  berjumlah 4,780 lebih kerap dimulakan dengan perkataan 'yaa aiyuhalladzinaaamanu...' dan mengandungi hukum-hukum.
  • jumlah ayat sajdah(ayat disunatkan sujud tilaawah apabila dibaca) di dalam al-Quran: 15 ayat dalam surah. terdapat 2 ayat sajdah dalam surah al-Haj.
  • jumlah surah di dalam al-Quran: 114
  • jumlah ayat di dalam al-Quran: 6666
  • berapa kali perkataan Allah disebut dalam al-Quran: 2698
  • semasa rasulullah s.a.w wafat, terdapat berapa orang huffaz? 22
  • berapa kali al-Quran menekankan mengenai solat: 700
  • berapa kali al-quran menyebut mengenai zakat atau amal kebajikan? 150
  • nama nabi yang pling banyak disebut di dalam al-Quran: Nabi Musa a.s 
  • apakah perkara yang disentuh dalam al-Quran? tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya. 
  • siapakah orang yang pertama menghafaz al-Quran? Nabi Muhammad s.a.w
  • berapa kali Nabi Muhammad s.a.w Yaa aiyu han nabi? 11
  • dalam surah mana Nabi Muhammad s.a.wdipanggil ahmad? surah As-Saf ayat 6.
  • siapakah orang yang pertama mengira ayat Al-quran? Aisyah r.a
  • siapakan yang memberi nasihat saidina Abu Bakar agar mengumpulkan al-Quran? saidina Umar Al-Kahttab. 
*******
sumber: majalah iman