Monday, July 16, 2012

#17 persoalan tinggal persoalan

"sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya" 
"usaha tangga kejayaan" 
"hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih"
adalah antara pepatah-pepatah melayu yang yang indah bunyinya tetapi tajam akan maksud yang tersirat disebaliknya.
apa yang yang cuba disampaikan melalui pepatah tersebut terbukti keberkesanannya, apabila ada yang mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, dan seterusnya mendapat hasil amat membanggakan.
dan juga harus diingat, apabila tidak berjaya mendapat apa yang diingini. jangan sesekali salahkan orang lain apabila hajat dihati tidak kesampaian. 

"cuba muhasabah diri, tengok bahagian mana yang rosak. kalau dah tahu bahagian mana rosak, cuba baiki atau lebih baik lagi ganti aje dengan yang baru. bukankah cara itu lebih baik sebenarnya. benda yang dah lama kalu di baiki, lama kelamaan akan rosak balik".

setiap manusia telah ditentukan nasib masing-masing. tetapi manusia boleh mengubah nasib mereka dengan izin Allah jika mereka berusaha.
aku mungkin tergolong dalam kalangan orang yang tidak bernasib baik. namun penyesalan disetiap pengakhiran cerita tiada gunanya "nasi sudah menjadi bubur".
pengalaman lampau tidak dijadikan iktibar, ambil mudah dalam semua perkara yang akan menentukan masa depan.
kini aku berdepan dengan realiti ini sekali lagi. waktu, masa, tempat yang sama. 
apa yang harus aku lakukan?
apa tindakan susulan yang harus aku ambil agar kejadian ini tidak lagi berulang?
adakah perlu untuk aku mengkoreksi diri?

persoalan tinggal persoalan...