Tuesday, August 28, 2012

#22 Diari Ramadhan dan Syawal

Assalamualaikum w.b.t

setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga. tibalah pula masanya untuk meraikan kemenangan. memang kali ni betul-betl raya dibuatnya. malam sebelum malam raya dah start operasi kemas rumah. pukul 2 pagi barulah beres semuanya. lap mana yang patut, kemas yang mana patut dan buang mana yang patut. letih jugaklah. aku kemas bahagian depan ruang tamu dan abah pulak kemas bahagian dapur. lepas siap semuanya, barulah sedap sikit mata memandang. maklumlah nak buat siang hari, masa tu puasa lagi, kan letih pulak. 

lepas subuh mula lah gosok baju raya. basuh pinggan dengan gelas yang nak guna. tahun ni tradisi macam biasa lah satay dengan nasi impit dengan kuah kacang. sekali dengan kek buah. adalah jugak mak saudara hantar ketupat dengan tapai. semuanya orang bagi, tak buat satu apa pun. kuih raya pun beli jugak, made in maydin dan kek pisang dengan kek gulung. lengkap dah rasanya menu hari raya untuk tahun ni.

pagi-pagi raya lagi dah kena serbu, aku tak hairan sebab dah memang kebiasaan di pagi raya memang macam tu.  dalam pukul 10 pg bertolak pergi rumah tok. dekat aje tak ada lah jauh mana pun. nampak perkataan bertolak tu bunyinya macam jauh je. habis beraya kat rumah tok dengan saudara-mara kat sana, pastu balik rumah balik. sampai aje rumah tengok rumah dah penuh dengan orang yang datang beraya.

bermulalah kesibukkan aku masa tu, turun naik tangga. ruang tamu kat bawah, dapur pulak kat atas. macam manalah orang kata aku ni tak kurus. sebab ramai sanggat ada jugak yang tak terlayan. tak sempat nak salam beraya, pusing aje tengok dah tak de. takut jugak lah, nanti kan orang kata aku ni sombong pulak. 

Alhamdulillah... raya kali ni sempat lah jugak beraya kat rumah kawa-kawan. lain daripada raya yang sebelum ni. duk rumah tengok tv...hihihi. adalah dalam 7 8 buah rumah kawan-kawan yang aku pergi. ada yang buat rumah terbuka. dapatlah kawan yang lama dah tak jumpa pun dapat jumpa balik, bila musim raya ni. orang kata kalau dapat jumpa sekali setahun tu pun dah dikira baik sebab masing-masing sibuk. hari raya ajelah dapat jumpa sebab semua cuti.

hari dah raya yng ke sepuluh, kuih raya pun ada lagi ni ha atas meja, manalah tahu kalau-kalau ada lagi yang datang nak beraya. adalah jugak benda yang nak makan selain air oren, air ribena, air karbonat, air tea, air milo yang biasa dihidangkan bila orang datang. aku pun dah tahu nak buat air apa lagi bila orang datang rumah. setakat kena kritik tu aku dah biasa dah. aku ni bukan jenis yang suka sanggat minum air manis ni. kalau orang hidang aku minum, kalau tidak aku mintak air kosong je.

panjang pulak entri kali ni, ye lah catatan sepanjang hari raya. bila dikumpul panjanglah jadinya. lepas raya aktiviti bertambah, biasanya sapu lantai, jemur kain  dan lain-lain... sekarang ni tambah satu lagi iaitu memasak. apa???? jangan nak terkejut sanggat lah. sebenarnya start seminggu sebelum raya hari tu lagi sebab mak masuk wad, jadi kenalah masak. bukannya expert sanggat, setakat boleh-boleh je lah. asalkan ada rasa jadilah kan.

sebelum ni pun takde lah sibuk-sibuk nak mikir menu apa hari ni. sekarang ni bangun tido je, dalam otak nak masak apa hari ni erk?? tu la dulu orang suruh belajar masak tak nak, sekarang ni dah kelam kabut ulang-alik tanya bahan apa, kena masukkan yang mana dulu. raya kali ni aku rasa lain daripada yang lain. tambah pulak ada ahli keluarga baru. segalanya berubah. 

betul lah apa yang orang cakap. jangan terlalu mendongak ke langit, kerana bila kita tengok ke bawah nanti kita akan berasa terlalu asing. harap ramadhan yang aku lalui untuk tahun ini dirahmati, dan syawal kali ini diberkati... Insya'Allah..



Selamat Hari Raya

No comments:

Post a Comment