Tuesday, October 16, 2012

#31 Peka Dengan Hajat Rasulullah

Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang (peduli) terhadap keperluan saudaranya, maka Allah (peduli) pada hajatnya." [ Sahih al-Bukhari ] 

saudaraku, jika hajat orang lain kita pedulikan maka Allah akan peduli kepada hajat kita dan terlebih lagi jika  kita peduli pada hajat Sayidina Muhammad s.a.w. apa hajat baginda? hajat baginda adalah tersebar luasnya dakwah baginda, dan banyak cara untuk menyebarkannya; mungkin dengan ucapan, perbuatan, internet, SMS, e-mel, surat, bahkan dengan doa dan munajat. berkhidmatlah untuk hajat Sayidina Muhammad s.a.w, maka siang dan malam Allah akan menyelesaikan segala hajat kita.

Rabbi, jadikanlah kami selalu berkhidmat kepada Nabi yang paling Engkau cintai, Sayidina Muhammad s.a.w.

-Habib Muazir bin Fuad al-Musawa-

Monday, September 24, 2012

#30 aku terima ujianMu


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13

Monday, September 03, 2012

Tuesday, August 28, 2012

#22 Diari Ramadhan dan Syawal

Assalamualaikum w.b.t

setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga. tibalah pula masanya untuk meraikan kemenangan. memang kali ni betul-betl raya dibuatnya. malam sebelum malam raya dah start operasi kemas rumah. pukul 2 pagi barulah beres semuanya. lap mana yang patut, kemas yang mana patut dan buang mana yang patut. letih jugaklah. aku kemas bahagian depan ruang tamu dan abah pulak kemas bahagian dapur. lepas siap semuanya, barulah sedap sikit mata memandang. maklumlah nak buat siang hari, masa tu puasa lagi, kan letih pulak. 

lepas subuh mula lah gosok baju raya. basuh pinggan dengan gelas yang nak guna. tahun ni tradisi macam biasa lah satay dengan nasi impit dengan kuah kacang. sekali dengan kek buah. adalah jugak mak saudara hantar ketupat dengan tapai. semuanya orang bagi, tak buat satu apa pun. kuih raya pun beli jugak, made in maydin dan kek pisang dengan kek gulung. lengkap dah rasanya menu hari raya untuk tahun ni.

pagi-pagi raya lagi dah kena serbu, aku tak hairan sebab dah memang kebiasaan di pagi raya memang macam tu.  dalam pukul 10 pg bertolak pergi rumah tok. dekat aje tak ada lah jauh mana pun. nampak perkataan bertolak tu bunyinya macam jauh je. habis beraya kat rumah tok dengan saudara-mara kat sana, pastu balik rumah balik. sampai aje rumah tengok rumah dah penuh dengan orang yang datang beraya.

bermulalah kesibukkan aku masa tu, turun naik tangga. ruang tamu kat bawah, dapur pulak kat atas. macam manalah orang kata aku ni tak kurus. sebab ramai sanggat ada jugak yang tak terlayan. tak sempat nak salam beraya, pusing aje tengok dah tak de. takut jugak lah, nanti kan orang kata aku ni sombong pulak. 

Alhamdulillah... raya kali ni sempat lah jugak beraya kat rumah kawa-kawan. lain daripada raya yang sebelum ni. duk rumah tengok tv...hihihi. adalah dalam 7 8 buah rumah kawan-kawan yang aku pergi. ada yang buat rumah terbuka. dapatlah kawan yang lama dah tak jumpa pun dapat jumpa balik, bila musim raya ni. orang kata kalau dapat jumpa sekali setahun tu pun dah dikira baik sebab masing-masing sibuk. hari raya ajelah dapat jumpa sebab semua cuti.

hari dah raya yng ke sepuluh, kuih raya pun ada lagi ni ha atas meja, manalah tahu kalau-kalau ada lagi yang datang nak beraya. adalah jugak benda yang nak makan selain air oren, air ribena, air karbonat, air tea, air milo yang biasa dihidangkan bila orang datang. aku pun dah tahu nak buat air apa lagi bila orang datang rumah. setakat kena kritik tu aku dah biasa dah. aku ni bukan jenis yang suka sanggat minum air manis ni. kalau orang hidang aku minum, kalau tidak aku mintak air kosong je.

panjang pulak entri kali ni, ye lah catatan sepanjang hari raya. bila dikumpul panjanglah jadinya. lepas raya aktiviti bertambah, biasanya sapu lantai, jemur kain  dan lain-lain... sekarang ni tambah satu lagi iaitu memasak. apa???? jangan nak terkejut sanggat lah. sebenarnya start seminggu sebelum raya hari tu lagi sebab mak masuk wad, jadi kenalah masak. bukannya expert sanggat, setakat boleh-boleh je lah. asalkan ada rasa jadilah kan.

sebelum ni pun takde lah sibuk-sibuk nak mikir menu apa hari ni. sekarang ni bangun tido je, dalam otak nak masak apa hari ni erk?? tu la dulu orang suruh belajar masak tak nak, sekarang ni dah kelam kabut ulang-alik tanya bahan apa, kena masukkan yang mana dulu. raya kali ni aku rasa lain daripada yang lain. tambah pulak ada ahli keluarga baru. segalanya berubah. 

betul lah apa yang orang cakap. jangan terlalu mendongak ke langit, kerana bila kita tengok ke bawah nanti kita akan berasa terlalu asing. harap ramadhan yang aku lalui untuk tahun ini dirahmati, dan syawal kali ini diberkati... Insya'Allah..



Selamat Hari Raya

Monday, July 16, 2012

#17 persoalan tinggal persoalan

"sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya" 
"usaha tangga kejayaan" 
"hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih"
adalah antara pepatah-pepatah melayu yang yang indah bunyinya tetapi tajam akan maksud yang tersirat disebaliknya.
apa yang yang cuba disampaikan melalui pepatah tersebut terbukti keberkesanannya, apabila ada yang mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, dan seterusnya mendapat hasil amat membanggakan.
dan juga harus diingat, apabila tidak berjaya mendapat apa yang diingini. jangan sesekali salahkan orang lain apabila hajat dihati tidak kesampaian. 

"cuba muhasabah diri, tengok bahagian mana yang rosak. kalau dah tahu bahagian mana rosak, cuba baiki atau lebih baik lagi ganti aje dengan yang baru. bukankah cara itu lebih baik sebenarnya. benda yang dah lama kalu di baiki, lama kelamaan akan rosak balik".

setiap manusia telah ditentukan nasib masing-masing. tetapi manusia boleh mengubah nasib mereka dengan izin Allah jika mereka berusaha.
aku mungkin tergolong dalam kalangan orang yang tidak bernasib baik. namun penyesalan disetiap pengakhiran cerita tiada gunanya "nasi sudah menjadi bubur".
pengalaman lampau tidak dijadikan iktibar, ambil mudah dalam semua perkara yang akan menentukan masa depan.
kini aku berdepan dengan realiti ini sekali lagi. waktu, masa, tempat yang sama. 
apa yang harus aku lakukan?
apa tindakan susulan yang harus aku ambil agar kejadian ini tidak lagi berulang?
adakah perlu untuk aku mengkoreksi diri?

persoalan tinggal persoalan...

Saturday, June 23, 2012

#16 jantung kata..

jantung kata dalam hati ada taman
jantung kata dalam taman ada bunga
jantung kata dalam bunga ada madu
jantung kata dalam madu ada vitamin

jantung kata dalam minda ada idea
jantung kata dalam laut ada ikan
jantung kata lepas hujan ada pelangi
jantung kata dalam darah ada gula

jantung kata dalam jam ada bateri
jantung kata dalam facebook ada status
jantung kata dalam twitter ada tweet
jantung kata dalam blog ada entri

jantung kata atas rumah ada atap
jantung kata dalam tebu ada air
jantung kata dalam paper ada berita
jantung kata atas padang ada bola

jantung kata dalam pasu ada tanah
jantung kata dalam mona lisa ada da vinci
jantung kata luar dakwat ada pen
jantung kata dalam wayar ada elektrik

sampai ke sudah jantung kata...

Thursday, June 21, 2012

#15 suatu malam tanpa kata

suatu malam yang dingin tanpa kata
suatu malam yang sepi tanpa kata
suatu malam yang hening tanpa kata

deruan angin menyapa
dengan bertanya, mengapa?
tiada yang tahu mengapa
malam yang begitu sepi tanpa kata

angin dan hujan mula bersatu
kedengaran guruh mula menyapa
kedengaran halilintar yang menyembah bumi
turut kedengaran lantai rumah bergegaran

deruan angin hujan dan ribut mula bersatu
isi hati mula kebimbangan
isi rumah lena dibuai mimpi indah

kedengaran bacaan ayat Al-Quran
menemani kejadian alam ciptaannya
keizinannya mengatasi segalanya

demikianlah suatu malam tanpa kata..

Thursday, June 14, 2012

#13 keliru di malam khamis

assalamualaikum
jam di dinding dah pun menunjukkan pukul 12.22 pagi.
tapi mata masih lagi tak boleh nak tutup.
entah apa yang difikirkan pada waktu-waktu sebegini.
tatkala rasa kekosongan hadir dalam diri.
fikiran mula melayang.
seperti layang-layang yang berterbangan di udara.
pelbagai perkara yang difikirkan. 
tapi perkara apa?
aku sendiri tertanya-tanya.
perkara apa yang sedang aku fikirkan.
mungkin sebab terlalu banyak yang difikirkan.
sampai tidak tahu yang mana satu
perlu aku dahulukan.
yang mana satu yang perlu aku utamakan
yang mana satu yang aku perlu lakukan dahulu.
dikala yang lain dah pun nyenyak tidur.
dibuai. mimpi-mimpi yang indah.
aku masih berada di hadapan PC.
mencoretkan apa yang aku coretkan sekarang ni.

yang menjadi persoalan sekarang..
apa yang aku lakukan sekarang

entah.............

Friday, June 01, 2012

#10 Mereka yang Mendapat Hidayah

solat malam nenbina ruh, kekuatan dan takwa dengan mengajak kita meninggalkan kenikmatan tidur yang sementara untuk mendapatkan kenikmatan di syurga yang kekal selamanya. Rasulullah s.a.w melakukan solat malam sehingga bengkak kakinya. sultan Muhammad Al-Fateh yang disebut oleh baginda sebagai sebaik-baik pemimpin, tidak pernah meninggalkan qiamullai. manakala Salahuddin Al-Ayubi pula memilih tentera yang tidak pernah meninggalkan qiamullaiuntuk diletakkan di barisan paling hadapan bagi menggempur  musuh.

********
sumber: majalah iman

Thursday, May 31, 2012

#9 Anas Bin Malik dan DOA RASULULLAH S.A.W

salah seorang sahabat Nabi S.a.w yang masyur ialah Anas bin Malik. anak kepada Ummu Sulaim ini menjadi khadam kepada Rasulullahs.a.w selama 10 tahun dan baginda memanggilnya Abu Hamzah.

menurut riwayat, Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya dengan doa yang bermaksud: "Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya, ramaikanlah anaknya, panjangkanlah umurnya berkatilah dia dam masukkan dia ke dalam syurga." 

berkat doa baginda, Anas bin Malik dikurniakan usia yang panjang tidak pernah menderita sakit teruk. semasa hidupnya, Anas dianugerahkan rezeki yang banyak dan dikenali sebagai seorang yang kaya. beliau meninggal dunia pada 93 hijrah di Basrah. ketika itu usianya lebih 100 tahun, beliau meninggalkan lebih 120 orang anak dan meriwayatkan 2286 hadis.

******
sumber: majalah iman

Tuesday, May 29, 2012

#8 BERHATI-HATI bila mendapat hadiah.

PADA zaman Umar Ibnu Abdul Aziz, ada orang ingin memberinya hadiah, tetapi pemerintah islam itu menolaknya. Mengapa? 

malah mereka yang memberikan hadiah itu berkata:"sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun menerima hadiah".

tahu apa jawapan Umar Ibnu Aziz ? katanya:" hadiah pada zaman Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benar hadiah, tetapi pada zaman ini, hadiah sudah menjadi rasuah."

dalam satu lagi kisah lain, seorang amil bernama Ibn al-Lutbiyyah dimarahi oelh Rasulullah s.a.w kerana sebaik pulang dari tugasnya mengutip zakat, dia membawa harta dan berkata:" ini untuk kamu dan ini mereka hadiahkan kepadaku."

mendengar kata-kata Ibn al-Lutbiyyah itu, Nabi s.a.w marah lantas bersabda :"cuba kamu duduk dirumah ibu bapa kamu sambil menunggu, adakah kamu diberi hadiah atau tidak."

yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w ialah Ibnu al-Lutbiyyah tidak akan menerima hadiah tersebut kerana keperibadian, keakraban atau pertalian darah dengan orang yang memberi hadiah itu. sebaliknya dia mendapat hadiahitu kerana tugas sebagai amil dan Ibnu al-Lutbiyyah tidak berhak menerimanya. 

berpandukan kepada kisah-kisah ini, kita juga perlu berhati-hati apabila diberi hadiah. tanyalah kepada diri berasakan iman: Adakah ini mungkin dilarang syarak?

*******
sumber: majalah iman

Sunday, May 27, 2012

#7 Ubat Jiwa Yang Gelisah

pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat.

katanya "wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. dalam beberapa hari ini, aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut, aku tidak berselera makan dan tidak nyeyak tidur"
maka Inbu Mas'ud menasihatinya, "kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke 3 tempat; ke tempat orang yang membaca Al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang meningatkan hati kepada Allah atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi dan engkau berkhalwat menyembah Allah. contohnya seperti di tengah malam, disaat orang sedang nyeyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, memohaon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan kemurniaan hati. seandainya jiwa tidak terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu". 
setelah pulang ke rumahnya, sahabat itu pun mengamalkan nasihat yang diberi oleh Ibnu Mas'ud r.a itu. dia mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk. selepas itu dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikiranya tenang dan kegelisahannya hilang.

******* 
sumber: majalah iman 

Monday, May 21, 2012

#6 Doa dan Zikir Menghadapi Kesulitan Hidup

Dengan menyebut nama Allah kepada diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berikanlah kerelaan kepada diriku umtuk menerima takdir-Mu dan berkatilah aku dalam perkara yang telah Engkau takdirkan untuk diriku sehingga aku tidak senang untuk menyegerakan takdir yang masih Engkau tangguhkan dan aku tidak senang untuk menangguhkan takdir yang telah Engkau datangkan lebih cepat.
******** 
sumber: majalah iman

Saturday, May 19, 2012

#5 20 Fakta Berkaitan Al-Quran

  • nama-nama lain al-Quran yang disebut dalam al-Quran sendiri: Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor, dan Al-Huda.
  • pertama kali al-Quran diturunkan di gua Hira (Makkah).
  • tempoh al-Quran diturunkan: secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.
  • jumlah surah yang diturunkan di Makkah: 86 atau 19/30 daripada isi al-Quran.
  • jumlah surah yang diturunkan di Madinah: 28 atau 11/30 daripada isi al-Quran.
  • apa beza ayat Makkiyah dengan ayat madiniyah: ayat Makkiyah lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan ' yaaaiyuhannas...' dan bersangkutan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.ayat Madiniyah  berjumlah 4,780 lebih kerap dimulakan dengan perkataan 'yaa aiyuhalladzinaaamanu...' dan mengandungi hukum-hukum.
  • jumlah ayat sajdah(ayat disunatkan sujud tilaawah apabila dibaca) di dalam al-Quran: 15 ayat dalam surah. terdapat 2 ayat sajdah dalam surah al-Haj.
  • jumlah surah di dalam al-Quran: 114
  • jumlah ayat di dalam al-Quran: 6666
  • berapa kali perkataan Allah disebut dalam al-Quran: 2698
  • semasa rasulullah s.a.w wafat, terdapat berapa orang huffaz? 22
  • berapa kali al-Quran menekankan mengenai solat: 700
  • berapa kali al-quran menyebut mengenai zakat atau amal kebajikan? 150
  • nama nabi yang pling banyak disebut di dalam al-Quran: Nabi Musa a.s 
  • apakah perkara yang disentuh dalam al-Quran? tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya. 
  • siapakah orang yang pertama menghafaz al-Quran? Nabi Muhammad s.a.w
  • berapa kali Nabi Muhammad s.a.w Yaa aiyu han nabi? 11
  • dalam surah mana Nabi Muhammad s.a.wdipanggil ahmad? surah As-Saf ayat 6.
  • siapakah orang yang pertama mengira ayat Al-quran? Aisyah r.a
  • siapakan yang memberi nasihat saidina Abu Bakar agar mengumpulkan al-Quran? saidina Umar Al-Kahttab. 
*******
sumber: majalah iman

Wednesday, March 21, 2012

#2 kisah Nabi Sulaiman dan Semut


langit kebiru-biruan tanpa kumpulan awan membuatkan cuaca hari ni agak panas, lebih kurang 31'C. deruan angin datang dan pergi, dlm erti kata lain macam biskut kejap ada kejap tak ada.

yg kat atas ni mukaddimah baru... kat bawah ni cerita yg aku nak sampaikn sebenarnya..

tengok gambar semut kat bawah ni membuatkan aku teringat pada suatu kisah. mungkin ada yg pernah dengar cerita ni dan mungkin juga ada yang dah lupa dan mungkin juga ada yang tak pernah dengar langsung kisah semut ni.. cerita-cerita macam ni biasanya kita dengar dan layan masa sekolah tadika dan rendah. bila dah meningkat dewasa ni, al-maklum sajalah tepuk dada, tanya diri sendiri..


 kali ini aku nak berkongsi cerita tentang:

"kisah Nabi Sulaiman dan Semut"

Nabi Sulaiman a.s adalah satu-satunya nabi yg diberikan oleh Allah keistimewaan yg membolehkannya memahami bahasa setiap makhluk di muka bumi Allah. menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kpd seekor semut,"Wahai semut! berapa banyakkah makanan yg diperlukan oleh engkau dalam tempoh 1 tahun?"

"sebesar biji gandum" jawab semut. 

kemudian Nabi Sulaiman memberikan semut gula yg besarnya sebiji gandum lalu memeliharanya dlm sebuah botol. setelah genap 1 tahun, Nabi sulaiman membuka botol utk melihat nasib si semut. Namun didapatinya semut hanya memakan sebahagian saja drpd gula ini.

"mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" 
tanya Nabi Sulaiman.

"dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kpd Allah,"jawab si semut. "dengan tawakal kpd Nya aku yakin dia tidak akan melupakanku. dan ketika aku berpasrah kpdmu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat padaku pada tahun berikutnya hingga aku akan diberi gula sebesar sebiji gandum lagi @ engkau akan lupa kpdku. maka dari situ, aku harus  tinggalkan sebahagiannya sbg. bekalan utk tahun berikutnya."

drpd kisah di atas, kita dpt belajar sifat tawakal dan ikhtiar dari seekor semut (malunya aku.. belajar dgn semut!!!)  

semut lebih yakin kpd Allah ketika di luar botol berbanding "jaminan manusia" ketika berada di dlm botol. utk itu semut telah mengambil langkah bijak dgn berjimat cermat dgn memakan separuh saja, dan separuh lagi disimpan, jika berlaku sesuatu diluar jangkaan dia masih bertahan krn masih ada baki makanan yg boleh digunakan.

walaupun Nabi Sulaiman seorg manusia yg kaya, dia tetap manusia biasa dan tidak boleh dijadikan sepenuhnya tempat bergantung walau bagaimana kasih nabi Sulaiman, dia tetap seorg manusia biasa. hal itu suda diketahui oleh semut. oleh itu, dia tidak yakin dgn janji nabi Sulaiman pd dirinya.

bukan takut Nabi Sulaiman memungkiri janjinya, tetapi khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu utk memenuhinya krn sifat manusianya.


***peringatan: tawakal @ berpasrah diri hanyalah kpd Allah s.w.t semata-mata dan bukan kpd manusia.

Wednesday, March 14, 2012

#1 Kawan

Hari ni 1hari hujan, tak henti2. silap haribulan boleh banjir nih.tapi Entri hari ni tak de kena mengena pun dgn cerita hujan nih. aku cuma nak menulis pasal kawan selamanya. bab kata orang putih la... 



Kawan masa suka memang senang nak dapat,tapi ramai ke kawan yang nak bantu kita masa kita dalam kesusahan. Gerenti tak ramai punyee!!! sejujurnya bukan senang nak cari sahabat yang sejati 


Allah s.w.t ada berfirman dalam surah az-Zukhruf, ayat 67 yg bermaksud "pada hari itu sahabat-sahabat  karib sesetengahnya akan menjadi musuh kpd sesetengahnya yg lain kecuali org-org yg persahabatannya berdasarkan taqwa." 


sebab tu lah kita sendiri kena jadi sahabat yg baik kpd kawan-kawan kita dan harap mereka pun jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita.

mcam mnyesal je!!!!

1)Memberitahunya bahawa kita kasih dan sayang kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda:"jika seseorang kasih pada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya."(HR Abu Daud) 

2)Apabila berpisah dgn sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Rasulullah s.a.w bersabda:"setiap hamba muslim yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapt seumpamanya."(HR Muslim) 

3)sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dgn sahabat.
Rasulullah s.a.w bersabda:"janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."(HR Muslim)

4)Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah s.a.w bersabda:"setiap 2 orang islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah."(HR Abu Daud) 


5)Sentiasa menziarahi sahabat kita.  
Rasulullah s.a.w bersabda:" hendaklah kamu menziarahi sekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."


6)Memberi hadiah
Rasulullah s.a.w bersabda:"hendaklah kamu salung memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani) 

7)Membantu sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah s.a.w bersabda:"orang yang berjalan untuk menunaikan hasrat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikafs elama 2 bulan."(HR Hakimi)


sumber tips dari: Ukhuwah Islamiah

sahabat kawan seiman 
satu jalan dalam kenangan
tak pernah lepas dari ingatan
kerana Allah jadi tujuan

p/s:aku ni pun bukan kawan yg baik sanggat macam biasa same2lah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya kita jadi sahabat yg lebih baik....