Sunday, May 27, 2012

#7 Ubat Jiwa Yang Gelisah

pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat.

katanya "wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. dalam beberapa hari ini, aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut, aku tidak berselera makan dan tidak nyeyak tidur"
maka Inbu Mas'ud menasihatinya, "kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke 3 tempat; ke tempat orang yang membaca Al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang meningatkan hati kepada Allah atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi dan engkau berkhalwat menyembah Allah. contohnya seperti di tengah malam, disaat orang sedang nyeyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, memohaon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan kemurniaan hati. seandainya jiwa tidak terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu". 
setelah pulang ke rumahnya, sahabat itu pun mengamalkan nasihat yang diberi oleh Ibnu Mas'ud r.a itu. dia mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk. selepas itu dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikiranya tenang dan kegelisahannya hilang.

******* 
sumber: majalah iman 

No comments:

Post a Comment